kerajaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan penggubalan dan merangka dasar oleh kerajaan adalah penting untuk mengekalkan dan mempertahankan pelabur di Malaysia kerana dasar negara memainkan peranan untuk menunjukkan hala tuju negara.

Beliau berkongsi pandangan ini semasa menerima kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Mary Thornton, dan delegasinya kelmarin.

  • kerajaan
  • kerajaan

Dalam pertemuan tersebut, ahli-ahli SIA memberikan maklumat kepada Anwar mengenai perancangan industri dan cadangan untuk memperkuat daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing, terutamanya dalam rantaian nilai tinggi.

“Dalam pertemuan ini, ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepada saya mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.

Antara lain saya terangkan pendekatan penting Kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri.” dalam hantarannya di media sosial rasmi Facebook milik Anwar.

Beliau juga berpendapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana perlu diberikan penekanan dan sokongan penuh kerana mereka menyumbang banyak kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia.

Maka, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menggubal dan merangka dasar serta kebajikan yang jelas untuk menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

Akhir sekali, Anwar turut menyatakan bahawa pendekatan libat urus bersama-sama dengan industri perlu diterapkan dan dinormalisasikan agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa yang akan mendatang kelak.

SUMBER : BERNAMA, BERITA HARIAN